Sifat-sifat Perjuangan Yang Mendapatkan Keridhoan Dari Alloh
Sifat-sifat Perjuangan Yang Mendapatkan Keridhoan Dari Alloh
 Perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu sifatnya sama, dari dahulu hingga sekarang. Tempatnya berubah, orang atau bangsanya berubah, masa dan eranya juga berubah tetapi sifatnya tetap sama. Apa yang berlaku kepada pejuang-pejuang Islam atau pejuang-pejuang kebenaran pada setiap zaman juga sama. Ini karena apa yang diperjuangkan ialah Tuhan yang sama, prinsip yang sama dan syariat yang sama.
Oleh yang demikian perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran itu, kalau benar-benar mengikut Alqur'an dan Hadist dan landasan Islam yang sebenarnya serta dilaksanakan tepat mengikut cara yang Allah inginkan, maka sifatnya pasti sama dengan perjuangan Islam di sepanjang zaman. Kalau ini tidak berlaku, maka sudah tentu ada yang tidak kena dengan perjuangan tersebut ataupun perjuangan tersebut tidak tepat dengan apa yang dikehendaki oleh Allah Taala.
Di antara sifat-sifat perjuangan kebenaran itu ialah:
Senang Tiasa diuji Ujiannya berat.
Namun demikian, ia tidak mengurungkan perjuangan. Ia tidak mudah lemah dan putus asa untuk menambah kekuatan.
Mendapat Bantuan ghaib
Berbagai bantuan bagi mengatasi ujian-ujian tersebut seperti Firasat,Karomah, Hatif,Bisaroh dan sebagainya yang berbentuk Khawariqul ‘adah (perkara yang diluar adat atau di luar logik). Bagi para rasul dinamakan mukijzat, bagi para wali dinamakan karomah dan bagi orang-orang soleh dinamakan maunah. Maunah selalunya disandarkan kepada karomah. Bantuan-bantuan inilah merupakan hiburan di dalam menempuh ujian yang menimpa.
Berlaku Berkurang dan Tersaring
Pada pertengahan jalan dalam perjuangan, akan terdapat ramai pengikut. Pengikut yang ramai ini akan berkurang dan tersaring hingga tinggal sedikit. Kemenangan akan berlaku selepas saringan ini. Perjuangan kebenaran tidak pernah menang ketika mereka ramai.Alloh-lah yang mengalahkan musuh
Yang mengalahkan musuh bukan para pejuang tetapi Alloh sendiri. Alloh-lah yang mengalahkan musuh supaya rasa keyakinan tetap kekal di hati para pejuang, dan Allah itu nampak Hebat dan Penuh Berkuasa.
Faktor kemenangan adalah iman dan taqwa
Dalam perjuangan Islam atau kebenaran, ada usaha lahir dan ada usaha rohaniah. Usaha lahir ialah seperti menggunakan tenaga, mencari kekuatan keuangan dan aset. Ini dinamakan “quwwah”. Tetapi ini hanyalah sepuluh peratus 10% dari usaha keseluruhan. Usaha rohaniah, yaitu mengusahakan iman dan taqwa adalah 90% dari usaha keseluruhan. Iman dan taqwa inilah faktor utama bagi kemenangan perjuangan kebenaran.
Mempunyai kekuatan melebihi manusia biasa
Dalam perjuangan kebenaran ada nisbah kelebihan kekuatan 1:10. Di dalam Al-Quran ada disebut nisbah 1:20. Ini melibatkan tenaga manusia, masa, modal dan uang tak bernominal. Seorang pejuang kebenaran mampu melaksanakan kerja sepuluh kali ganda melebihi seorang pejuang kebatilan. Kalau pejuang kebatilan mengambil masa setahun untuk membuat sesuatu kerja, pejuang kebenaran hanya perlu satu bulan saja. Kalau pejuang kebatilan memerlukan modal Puluhan Triliyun, pejuang kebenaran hanya memerlukan uang recehan saja untuk menegakkan proyek yang sama.Jalannya tetap dan jelas.Tidak ada kompromi-kompromi. Tidak ada terima separuh, tolak separuh. Tidak ada ambil separuh, tinggal separuh. Perjuangan adalah tetap di jalan Allah dan di jalan kebenaran. Justru itu, sejarah perjuangan kebenaran mesti digunakan sebagai panduan karena hal tersebut senang tiasa berulang.
Kalau perjuangan kita tidak mengikut sifat-sifat perjuangan kebenaran seperti yang dipaparkan oleh sejarah dan oleh Al Quran itu sendiri, maka ketahuilah bahwa kita sudah banyak tersasar dari perjuangan yang sebenar sama ada pada niatnya, pada perlaksanaannya, pada natijahnya, ataupun kita telah mengabaikan perkara-perkara yang pokok dan asas di dalam agama.
Oleh karenanya ikuti Ulama dan Habaib yang berpedoman kepada Alqur'an,Hadist dan Pejuang-pejuang sukses terdahulu.
Semoga jika dijadikan pejuang-pejuang islam yang diridhoi oleh Alloh ta'ala.
Khaddim Raswaja
Comments
Post a Comment